Sunday, August 21, 2011

Ramadan Datang Dan Pergi

Kitaran masa berlalu begitu pantas. Saban tahun ramadan ditunggu untuk diambil keberkatan bulannya dan hanya tinggal beberapa hari lagi ia akan meninggalkan kita.Namun, pernahkah kita memikirkannya atau sekadar membiarkan ia berlalu pergi.Setengah daripada kita mungkin terlupa bahawa 10 hari terakhir ini amat bermakna buat kita yang beriman dan beramal soleh. Mana mungkin ucapan subhanallah dihentikan dan insaflah wahai kalian yang leka kerana kemungkinan kedatangan ramadan seterusnya tidak dapat kita kecapi lagi kerana siapa yang dapat menduga bahawa ramadan ini adalah ramadan terakhir buat kita...
Namun jangan lupa tujuan kita hidup dan senantiasa berdoa agar kita diberi umur yang panjang agar dapat beribadat kepada Ilahi dan dimurahkan rezeki yang halal semoga dapat kita berkongsi nikmat rezeki tersebut melalui amalan berzakat serta dimatikan kita dalam keadaan orang beriman agar kita diganjari dengan nikmat syurga yang tiada galang gantinya...Amin...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG TIBA BUAT PEMBACA SEKALIAN...
KENANGI PENGORBANAN IBUBAPA KITA SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA INI...

Sunday, May 8, 2011

OTI Datang Lagi


Minggu ini bermula Ahad 8.5.2011 peperiksaan OTI 2 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 di Terengganu sudahpun bermula. Diharap semua pelajar akan menduduki peperiksaan dengan tenang dan anggaplah peperiksaan kali ini seperti peperiksaan awam yang sebenar yang ditempuhi.
Namun begitu, bagi pelajar tingkatan 5 SEMEKAR, jangan lupa kelas tambahan petang BERJALAN SEPERTI BIASA. Untuk pelajar yang mengambil subjek perdagangan di kelas tingkataan 504 dan 403, SELAMAT MENJAWAB.Pastikan anda menjawab sebagaimana kehendak soalan.Bagi pelajar tingkatan 403, jangan lupa untuk memastikan semua fail mesti berada atas meja sebelum 12.5.2011 (Khamis).

Saturday, March 5, 2011

Keputusan Pemenang Program Budaya Belajar Cemerlang 2



Sekarang tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar 404 SMK.Renek.Bulan ini, pemenangnya (dalam gambar) ialah: Mohamad Atif Najmi b.M.Zamri dan Nurul Akmal Mohd Zimmy daripada kumpulan 8 dengan mendapat markah terkkumpul sebanyak 73 markah.Semoga anda meneruskan legasi kecemerlangan pada bulan berikutnya.

Sunday, February 27, 2011

Program Budaya Belajar Cemerlang 2



Salam Sejahtera dan salam satu malaysia buat anak didik 404, SMK.Renek.Hari ini sekali lagi anda semua diuji untuk mengetahui tahap perkembangan ingatan dan pemahaman terhadap topik yang telah diajar pada minggu lepas dan ujian ini juga untuk menentukan pemenang program ini pada bulan Februari. Anda tahukan bahawa tidak mustahil untuk menggapai kecemerlangan asalkan ada usaha yang bersungguh-sungguh.Oleh itu, saya berpuas hati atas komitmen yang telah kalian tunjukkan dalam kelas dan cuba menyelesaikan modul SATU (Set 'A' To U) berkaitan tajuk jenis-jenis pengkhususan dalam jangka waktu ditetapkan.Nak tahu keputusannya...TUNGGGU!!!

Wednesday, February 16, 2011

PROGRAM BUDAYA BELAJAR CEMERLANG

Salam dan tahniah kepada pemenang program budaya belajar cemerlang yang diadakan pada bulan Januari 2011.Program berbentuk kuiz ini adalah merupakan program sokongan yang diadakan dalam kelas.Pemenang dihargai dan diberi insentif dalam bentuk wang sebagai satu usaha dan satu ransangan supaya belajar secara berterusan.Tujuan program adalah untuk menanam minat belajar di kalangan pelajar yang berada dalam kelas 404 tahun 2011 di samping mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.Harapan saya agar program ini dapat melahirkan pelajar yang berminat dalam mata pelajaran perdagangan dan seterusnya menjelmakan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan dalaman 2011 dan 2012 dan peperiksaan SPM 2012.
Berikut adalah nama pemenang bulan Januari 2011

1. NIK MOHD AFANDI BIN NIK MAT
2. IZATI NAZLE BT SHAMSURI

SEMOGA ANDA MENGEKALKAN KECEMERLANGAN UNTUK BULAN BERIKUT...