Sunday, October 21, 2012

Ohh!!! SPM

Salam buat semua pembaca khususnya pelajar SPM SMK.Pengkalan Berangan yang mengambil subjek Perdagangan.
Hari anda semakin hampir. Nasib anda semakin menghampiri. Adakah ada lagi ruang dan peluang untuk anda selepas ini untuk mendapat pendidikan sebaik hari ini. Atau masihkah anda berada dalam lamunan mimpi yang menggamit senyuman yang mungkin tidak membawa apa-apa erti. Atau sudah ada kesedaran diri bahawa inilah peluang yang mesti direaliti agar suatu masa nanti menjadi bahtera dalam mengharungi hidup yang penuh dengan gelora yang tidak pernah mengenal memahami erti kepahitan, kesusahan dan kesengsaraan buat seseorang yang bernama MANUSIA.
Sedarlah itu adalah CABARAN. Sedarlah itu adalah RINTANGAN yang akan mendewasakan setiap insan. Semoga SPM adalah pembuka jalan buat anda sekalian. Selamat berjuang. Doa kami agar anda berjaya dalam semua bidang.

Saturday, October 13, 2012

PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA

Alhamdulillah...akhirnya impian telah dimakbulkan Ilahi. Tanggal 7 Oktober 2012 merupakan detik kegembiraan buat semua graduan Sarjana UUM. Tidak lupa buat diri penulis...
Apa yang menggembirakan kerana jerih payah yang dilalui selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil ditambah lagi kejayaan menamatkan pengajian bersama-sama dengan pasangan yang saling bantu membantu.
Kejayaan ini paling manis dirai oleh anak-anak sendiri yang suatu ketika dahulu masih berada dalam kandungan ketika majlis konvokesyen peringkat Sarjana Muda UUM 1998. Semoga ia menjadi dorongan untuk mereka berjaya seperti ibubapa mereka Insya-Allah.

Wednesday, October 3, 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN...


Salam buat semua pembaca...
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, usaha tangga kejayaan...berhempas pulas akhirnya nostalgia 1998 konvokesyen UUM diulangi lagi pada 7 Oktober 2012.

Banyak perkara yang perlu dilalui dan banyak pengalaman telah dituba serta banyak ilmu telah digali. Semua itu perlukan pengorbanan yang tidak kurang banyaknya. Namun restu Tuhan yang Esa telah menyaksikan cita-cita dan impian telah terlaksana. Namun begitu, ia bukanlah noktah terakhir kerana ilmu itu takkan sempurna sampai bila-bila kerana lautannya sangat luas. Yang pasti teruskan senyuman, tanamkan azam, sematkan impian, luaskan munajat agar ilmu seterusnya terus digapai walaupun seribu halangan terbentang luas di hadapan kerana ia mengajar kita ERTI KEHIDUPAN dan KEPUASAN... Selamat berkonvokesyen...Oktober, UUM 2012.

                                              GROUP MASTER 2012. TAHNIAH!!!