Sunday, February 27, 2011

Program Budaya Belajar Cemerlang 2



Salam Sejahtera dan salam satu malaysia buat anak didik 404, SMK.Renek.Hari ini sekali lagi anda semua diuji untuk mengetahui tahap perkembangan ingatan dan pemahaman terhadap topik yang telah diajar pada minggu lepas dan ujian ini juga untuk menentukan pemenang program ini pada bulan Februari. Anda tahukan bahawa tidak mustahil untuk menggapai kecemerlangan asalkan ada usaha yang bersungguh-sungguh.Oleh itu, saya berpuas hati atas komitmen yang telah kalian tunjukkan dalam kelas dan cuba menyelesaikan modul SATU (Set 'A' To U) berkaitan tajuk jenis-jenis pengkhususan dalam jangka waktu ditetapkan.Nak tahu keputusannya...TUNGGGU!!!

Wednesday, February 16, 2011

PROGRAM BUDAYA BELAJAR CEMERLANG

Salam dan tahniah kepada pemenang program budaya belajar cemerlang yang diadakan pada bulan Januari 2011.Program berbentuk kuiz ini adalah merupakan program sokongan yang diadakan dalam kelas.Pemenang dihargai dan diberi insentif dalam bentuk wang sebagai satu usaha dan satu ransangan supaya belajar secara berterusan.Tujuan program adalah untuk menanam minat belajar di kalangan pelajar yang berada dalam kelas 404 tahun 2011 di samping mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.Harapan saya agar program ini dapat melahirkan pelajar yang berminat dalam mata pelajaran perdagangan dan seterusnya menjelmakan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan dalaman 2011 dan 2012 dan peperiksaan SPM 2012.
Berikut adalah nama pemenang bulan Januari 2011

1. NIK MOHD AFANDI BIN NIK MAT
2. IZATI NAZLE BT SHAMSURI

SEMOGA ANDA MENGEKALKAN KECEMERLANGAN UNTUK BULAN BERIKUT...