Thursday, December 26, 2013

2014...Aku tunggu Mu Datang..

Salam buat semua pembaca...
Setiap yang berlaku tidak mungkin dapat kita elakkan kerana segala-galanya sudah ditakdirkan. Namun nun jauh di sana perlu kita ambil pengiktibaran dan pengajaran agar ia menjadi tauladan dan sempadan. 2013 hampir melabuh tirai tanggungjawabnya yang akan digalas pula oleh tahun 2014 dalam tempoh kurang 4 hari. Manusia mungkin sudah lupa dan mungkin manusia sengaja membuat lupa mengenai azam dan impian yang dipasang setiap tahun sama ada sudahpun dilunaskan atau sebaliknya.
2014...Aku tunggu Mu datang akan merakamkan detik baru dalam kehidupan setiap insan yang bernama manusia. Perancangan diatur rapi agar episod kegagalan 2013 tidak berulang lagi. Manusia mungkin terlupa bahawa hidup hanya sekali dan matlamat hidup di tempat azali perlu diulang-ulang agar segala kedustaan dan kealpaan dapat dihindari. 2014 tidak lama lagi...Ayuh... kita bangunkan diri, bangkitkan motivasi dan berazam kendiri supaya 2014 memberi kita sejuta erti. 
2014...Aku Tunggu Mu datang...
Suka, tawa, sedih pilu, gundah gulana semua itu perlu kita telan dengan rasa kesyukuran dan keinsafan agar kita menjadi salah seorang insan yang mendapat keredhaan-Nya. 
Akhir kalam...Salam kemaafan buat semua dan marilah kita jadikan 2014 tahun penuh kegemilangan..

2014...Aku Tunggu Mu Datang...