Sunday, August 21, 2011

Ramadan Datang Dan Pergi

Kitaran masa berlalu begitu pantas. Saban tahun ramadan ditunggu untuk diambil keberkatan bulannya dan hanya tinggal beberapa hari lagi ia akan meninggalkan kita.Namun, pernahkah kita memikirkannya atau sekadar membiarkan ia berlalu pergi.Setengah daripada kita mungkin terlupa bahawa 10 hari terakhir ini amat bermakna buat kita yang beriman dan beramal soleh. Mana mungkin ucapan subhanallah dihentikan dan insaflah wahai kalian yang leka kerana kemungkinan kedatangan ramadan seterusnya tidak dapat kita kecapi lagi kerana siapa yang dapat menduga bahawa ramadan ini adalah ramadan terakhir buat kita...
Namun jangan lupa tujuan kita hidup dan senantiasa berdoa agar kita diberi umur yang panjang agar dapat beribadat kepada Ilahi dan dimurahkan rezeki yang halal semoga dapat kita berkongsi nikmat rezeki tersebut melalui amalan berzakat serta dimatikan kita dalam keadaan orang beriman agar kita diganjari dengan nikmat syurga yang tiada galang gantinya...Amin...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG TIBA BUAT PEMBACA SEKALIAN...
KENANGI PENGORBANAN IBUBAPA KITA SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA INI...