Wednesday, December 26, 2012

Selangkah Ke 2013

Salam buat semua....

Minggu depan 1 Januari 2013 bermulalah buku baru tahun masehi dunia. Segala ragam telah dirakam sekitar tahun 2012 akan disimpan sebagai lipatan memori sejarah masing-masing. Ada suka, ada duka dan sebagainya telah dilalui sepanjang tahun berkenaan sebagai rempah ratus kehidupan sementara ini. Namun begitu, tahun baru sudah pasti sudah ada perancangan dalam diri masing-masing untuk menjadi insan yang mempunyai matlamat hidup. Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan merancang untuk lebih baik dalam perancangan hari esok selagi tuhan menganugerahkan oksigen segar kepada kita untuk meneruskan kehidupan.
Alhamdulillah kerana mata kita masih lagi mampu melihat dunia apabila bangunnya kita daripada 'kematian' sementara untuk mencari rezeki yang memang diminta kepada kita untuk berusaha. Kehidupan akan terus berlangsung, masalah dan kebuntuan akan terus berlaku, kegembiraan dan kesedihan akan tetap berlaku, peluang dan nikmat akan terus terbuka. Ia hanya akan diperoleh oleh mereka yang bernama MANUSIA yang tahu merencana...
Teruskan kehidupan kita agar ia membawa kehidupan yang lebih bermakna nun jauh di SANA...
Sekian. Selamat Tahun Baru 2013.

Saturday, December 8, 2012

Rahsia Hari Ahad

Salam buat pembaca...

Terbaca ruangan akhbar berita Harian (9 Disember, 2012: D1 ) bertajuk "Panik Kiamat 21 Disember 2012 "Agensi menyatakan penduduk Russia dan China yang percaya kepada kelendar Maya Kuno telah membeli lilin dan barangan keperluan lain untuk berhadapan dengan kiamat. Paling terkejut ada yang sudahpun bersedia untuk berkumpul di puncak sebuah gunung kerana percaya mereka akan diselamatkan oleh makhluk asing. MasyaAllah hebatnya berita ini dan betapa takutnya manusia dengan perkataan KIAMAT. 
Menurut berita itu lagi, tarikh 21 Disember 2012 menandakan rumusan kiraan panjang kalendar Maya selama 5125 tahun yang diterjemahkan sebagai bermakna ia adalah detik bumi akan musnah. Impaknya pengeluar peralatan perlindungan bawah tanah di Amerika Syarikat mengaut keuntungan dengan peningkatan jualan disebabkan kebimbangan kiamat berlaku lewat bulan ini.
Nampaknya percaya juga mereka dengan KIAMAT yang tertera dalam rukun iman yang kelima bagi orang-orang Islam. Namun begitu, sebagai orang Islam kita tidak mengetahui bilakah kiamat itu akan berlaku kerana ia adalah RAHSIA tuhan yang maha mengetahui. Sebagai orang Islam, kita jangan panik kerana ia jelas diyatakan tanda-tanda KIAMAT berlaku telah dinyatakan dalam al-Quran. Pentingnya kita mendalami ilmu agama agar tidak mudah terpesong dengan perkara-perkara sebegini. 
Telah dijelaskan kepada kita apabila berlaku KIAMAT, nyawa kita sudahpun tiada akibat tiupan angin sangkakala pertama yang akan mematikan semua makhluk yang hidup dan alam semester dan tiupan yang kedua untuk menghidupkan semula bagi menjalani perhitungan di padang mahsyar.
Justeru, apa guna pergi ke gunung, mencari tempat perlindungan dan sebagainya untuk menyelamatkan diri? Hal ini menuntut kita mendapat sebanyak mungkin amal soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.
Untuk pengetahuan pembaca, terbaca saya satu buku berkaitan rahsia hari ahad yang mungkin kita orang awam tidak mengetahui. Jadi saya kongsikan untuk maklumat bersama. Terdapat 7 rahsia tapi saya hanya jelaskan satu rahsia je. Yang lain tu lain kali kalau berkesempatan.

Penciptaan Tujuh Anggota Tubuh Manusia.
(Al-Insyiqaq:19-20) "Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).Mengapa mereka tidak mahu beriman."
Sebahagian ulama mengatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia itu adalah otak,urat saraf, tulang belulang, daging, darah, dan kulit. Yang lain mengatakan bahawa kebaikan itu dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan. 
Ketika Allah menciptakan alam semester, maka Allah membahagi-bahagikan kebaikan terhadap yang ia ciptakan.
KEHALUSAN diberikan Allah kepada SYURGA, KEELOKAN diberikan Allah kepada BIDADARI, SINAR diberikan Allah kepada MATAHARI, NUR atau CAHAYA diberikan Allah kepada BULAN (Yunus:5) KEGELAPAN kepada MALAM, KELEMBUTAN kepada AIR, KEBERSIHAN Allah berikan kepada UDARA.
Begitu juga Allah ciptakan Adam dan Hawa dengan dihiasi kehalusan pada rohnya, keelokan pada pipinya, sinar pada mukanya, cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.
Sebenarnya MANUSIA adalah ciptaan Allah yang paling kukuh yang terkumpul pada dirinya segala sesuatu yang ada pada alam ini. Jika langit mempunyai ketinggian, maka MANUSIA pun mempunyai tubuh badan yang tegak berdiri. Jika angkasa mempunyai matahari dan bulan maka MANUSIA mempunyai dua biji mata. Jika di angkasa mempunyai deretan bintang-bintang maka MANUSIA juga mempunyai susunan gigi-gigi yang rapi.Jika langit mempunyai titisan air hujan MANUSIA mempunyai airmata. Jika di langit ada suara petir, MANUSIA ada suara bersin. Jika di bumi ada kestabilan maka pada MANUSIA ada juga ketenangan. Jika di bumi ada sungai-sungai, maka MANUSIA pada dirinya ada urat-urat sedangkan rambut sebagai rumput-rumput yang tumbuh melata.
Sekian...Wallahua'lam
-Editor- Bersyukur kita dijadikan sebaik-baik makhluk..gunakan kelebihan ini untuk kebaikan sejagat.

Friday, November 23, 2012

Bersyukur dengan Nikmat Kesihatan dan Kesejahteraan..

Salam buat pembaca...
Melancong merupakan satu perkara yang boleh difikirkan oleh ketua keluarga sempena cuti sekolah ini. Aktiviti ini bukan sahaja membuka ruang kepada kita untuk melepaskan penat dan lelah bekerja sepanjang masa malah pada waktu yang sama boleh memberi ketenangan kepada jiwa di samping memenuhi masa lapang anak-anak kita. Biar mereka mengenali dunia dan menikmati kebesaran yang maha pencipta.
Ibu bapa boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk melancong dengan mengambil kira kantung poket sedia ada. Bukankah melancong ini dapat mengeratkan persaudaraan dan hubungan intim dalam keluarga serta menyahut kempen kerajaan melahirkan keluarga mawaddah yang difikirkan amat perlu dalam dunia global pada hari ini.
Bersyukur dengan mengecapi dan menikmati keindahan pencipta sudah tentu menenangkan jiwa sekalipun tertekan dengan hambatan gelora cabaran dunia. INGAT! anak adalah ANUGERAH yang perlu dijaga dan KELUARGA adalah amanah yang perlu diUTAMA...
INGAT! Palestin tidak seperti di negara kita...tetapi kita perlu ingat ITU SEMUA TIDAK MUSTAHIL untuk kita..maka berwaspada dan bersyukur dengan keamanan dalam negara kita hari ini.SEMOGA KITA BERADA dalam LIMPAHAN dan RAHMATNYA...

Saturday, November 3, 2012

November Disember Datang Lagi...

Salam buat pembaca semua...

November dan Disember merupakan bulan penuh bermakna buat kita khususnya insan bernama pelajar, guru, ibubapa, peniaga, ahli politik dan berbagai lagi.
Nak tahu apa yang bermakna sangat...pelajar kena berhempas pulas mengharungi peperiksaan SPM yang bermula 05 November ni yang menentukan masa depan mereka.
Guru pula berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja akhir...buat laporan, buat perancangan untuk tahun depan. Bak kata orang ramai semua kerja kena dibereskan sebelum bermulanya cuti penggal ni.
Ibubapa pula sedang memikirkan apa yang nak dibuat pada musim hujan ni. Bagi penoreh getah hujan merupakan perkara yang tidak digemari kerana punca rezeki utama tertutup buat seketika. Sabar je lah kerana itu adalah dugaan tuhan. Ada hikmahnya. Mungkin untuk memberi peluang kepada ibubapa supaya sedar bahawa anak-anak perlukan perhatian mereka dan tidak melilau ke merata tempat yang memungkinkan berlaku perkara yang kurang enak didengar.
Buat peniaga pula semakin ligat memasang strategi untuk menjerat pengguna demi mengautkan keuntungan. Tambahan pula kerajaan dah umumkan pelbagai insentif untuk semua rakyat Malaysia...Syukur...Apa lagi peluang begini datang sekali kata peniaga. Memang begitu kalau bergelar peniaga..sentiasa fikirkan UNTUNG. Lainlah kalau anda adalah USAHAWAN...masih ingat lagi pada Tuhan dan dosa pahala yang perlu diambil kira untuk kebaikan sejagat. Sebagai PENGGUNA sendiri mau ingat jangan mudah terjerat. Jadilah Pengguna bijak...
Ahli politik pula lagi best. Masing-masing berteka teki tentang tarikh pilihan raya, siapa calon dan siapa yang tidak dicalon. Itu semua terserah pada pucuk pimpinan masing-masing. Bagi kita rakyat Malaysia perlukan pemimpin berjiwa rakyat atau dalam erti katanya SERVANT LEADERSHIP. Kalau semua macam tu alamak amanlah MALAYSIA yang kita sayangi. Apa pun pilihan bergantung kepada kita semua yang bakal membuat pilihan.
Akhir kalam SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MAJU JAYA..jumpa lagi...
             Dia...ANUGERAH yang perlu KITA JAGA...

Sunday, October 21, 2012

Ohh!!! SPM

Salam buat semua pembaca khususnya pelajar SPM SMK.Pengkalan Berangan yang mengambil subjek Perdagangan.
Hari anda semakin hampir. Nasib anda semakin menghampiri. Adakah ada lagi ruang dan peluang untuk anda selepas ini untuk mendapat pendidikan sebaik hari ini. Atau masihkah anda berada dalam lamunan mimpi yang menggamit senyuman yang mungkin tidak membawa apa-apa erti. Atau sudah ada kesedaran diri bahawa inilah peluang yang mesti direaliti agar suatu masa nanti menjadi bahtera dalam mengharungi hidup yang penuh dengan gelora yang tidak pernah mengenal memahami erti kepahitan, kesusahan dan kesengsaraan buat seseorang yang bernama MANUSIA.
Sedarlah itu adalah CABARAN. Sedarlah itu adalah RINTANGAN yang akan mendewasakan setiap insan. Semoga SPM adalah pembuka jalan buat anda sekalian. Selamat berjuang. Doa kami agar anda berjaya dalam semua bidang.

Saturday, October 13, 2012

PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA

Alhamdulillah...akhirnya impian telah dimakbulkan Ilahi. Tanggal 7 Oktober 2012 merupakan detik kegembiraan buat semua graduan Sarjana UUM. Tidak lupa buat diri penulis...
Apa yang menggembirakan kerana jerih payah yang dilalui selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil ditambah lagi kejayaan menamatkan pengajian bersama-sama dengan pasangan yang saling bantu membantu.
Kejayaan ini paling manis dirai oleh anak-anak sendiri yang suatu ketika dahulu masih berada dalam kandungan ketika majlis konvokesyen peringkat Sarjana Muda UUM 1998. Semoga ia menjadi dorongan untuk mereka berjaya seperti ibubapa mereka Insya-Allah.

Wednesday, October 3, 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN...


Salam buat semua pembaca...
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, usaha tangga kejayaan...berhempas pulas akhirnya nostalgia 1998 konvokesyen UUM diulangi lagi pada 7 Oktober 2012.

Banyak perkara yang perlu dilalui dan banyak pengalaman telah dituba serta banyak ilmu telah digali. Semua itu perlukan pengorbanan yang tidak kurang banyaknya. Namun restu Tuhan yang Esa telah menyaksikan cita-cita dan impian telah terlaksana. Namun begitu, ia bukanlah noktah terakhir kerana ilmu itu takkan sempurna sampai bila-bila kerana lautannya sangat luas. Yang pasti teruskan senyuman, tanamkan azam, sematkan impian, luaskan munajat agar ilmu seterusnya terus digapai walaupun seribu halangan terbentang luas di hadapan kerana ia mengajar kita ERTI KEHIDUPAN dan KEPUASAN... Selamat berkonvokesyen...Oktober, UUM 2012.

                                              GROUP MASTER 2012. TAHNIAH!!!




Saturday, September 29, 2012

LEGASI KEJAYAAN..

Salam buat pelajar 5 Dinamik SMK.Pengkalan Berangan.Tahniah buat anda semua kerana komitmen dan keinginan untuk berjaya dalam SPM 2012 ditunjukkan melalui gerakan keinsafan untuk belajar mengenali erti mata pelajaran.Kelas tambahan dikunjungi walaupun tidak diwajibkan.Kerjasama diberi menunjukkan minat anda yang mendalam.Petah bertanya menunjukkan keinginan untuk mengecapi kejayaan. Insya-Allah dengan sisa masa yang ada, kejayaan itu bersama kita buru agar ia boleh mengubah masa depan. Sekali lagi bersama kita kotakan kata-kata hikmah impian SMK.Pengkalan Berangan "Terbilang 2014".Wassalam.

Sunday, May 13, 2012

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012.. Salam hormat buat semua, Tahun 2012 menjengah menutup tirai 2011. Banyak agenda belum selesai. Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran. Pertukaran ke tempat berhampiran kampung halaman diharap memberi suntikan untuk melonjakkan prestasi pendidikan.Salam perpisahan buat warga SEMEKAR yang telah mengajar beribu pengalaman dan salam perkenalan buat warga Pengkalan berangan semoga kehadiran menambah seri persahabatan. Buat pelajar SEMEKAR, teruskan perjuangan dan buat pelajar Pengkalan Berangan bersama kita teruskan legasi kejayaan. Terima kasih.