Saturday, December 8, 2012

Rahsia Hari Ahad

Salam buat pembaca...

Terbaca ruangan akhbar berita Harian (9 Disember, 2012: D1 ) bertajuk "Panik Kiamat 21 Disember 2012 "Agensi menyatakan penduduk Russia dan China yang percaya kepada kelendar Maya Kuno telah membeli lilin dan barangan keperluan lain untuk berhadapan dengan kiamat. Paling terkejut ada yang sudahpun bersedia untuk berkumpul di puncak sebuah gunung kerana percaya mereka akan diselamatkan oleh makhluk asing. MasyaAllah hebatnya berita ini dan betapa takutnya manusia dengan perkataan KIAMAT. 
Menurut berita itu lagi, tarikh 21 Disember 2012 menandakan rumusan kiraan panjang kalendar Maya selama 5125 tahun yang diterjemahkan sebagai bermakna ia adalah detik bumi akan musnah. Impaknya pengeluar peralatan perlindungan bawah tanah di Amerika Syarikat mengaut keuntungan dengan peningkatan jualan disebabkan kebimbangan kiamat berlaku lewat bulan ini.
Nampaknya percaya juga mereka dengan KIAMAT yang tertera dalam rukun iman yang kelima bagi orang-orang Islam. Namun begitu, sebagai orang Islam kita tidak mengetahui bilakah kiamat itu akan berlaku kerana ia adalah RAHSIA tuhan yang maha mengetahui. Sebagai orang Islam, kita jangan panik kerana ia jelas diyatakan tanda-tanda KIAMAT berlaku telah dinyatakan dalam al-Quran. Pentingnya kita mendalami ilmu agama agar tidak mudah terpesong dengan perkara-perkara sebegini. 
Telah dijelaskan kepada kita apabila berlaku KIAMAT, nyawa kita sudahpun tiada akibat tiupan angin sangkakala pertama yang akan mematikan semua makhluk yang hidup dan alam semester dan tiupan yang kedua untuk menghidupkan semula bagi menjalani perhitungan di padang mahsyar.
Justeru, apa guna pergi ke gunung, mencari tempat perlindungan dan sebagainya untuk menyelamatkan diri? Hal ini menuntut kita mendapat sebanyak mungkin amal soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.
Untuk pengetahuan pembaca, terbaca saya satu buku berkaitan rahsia hari ahad yang mungkin kita orang awam tidak mengetahui. Jadi saya kongsikan untuk maklumat bersama. Terdapat 7 rahsia tapi saya hanya jelaskan satu rahsia je. Yang lain tu lain kali kalau berkesempatan.

Penciptaan Tujuh Anggota Tubuh Manusia.
(Al-Insyiqaq:19-20) "Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).Mengapa mereka tidak mahu beriman."
Sebahagian ulama mengatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia itu adalah otak,urat saraf, tulang belulang, daging, darah, dan kulit. Yang lain mengatakan bahawa kebaikan itu dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan. 
Ketika Allah menciptakan alam semester, maka Allah membahagi-bahagikan kebaikan terhadap yang ia ciptakan.
KEHALUSAN diberikan Allah kepada SYURGA, KEELOKAN diberikan Allah kepada BIDADARI, SINAR diberikan Allah kepada MATAHARI, NUR atau CAHAYA diberikan Allah kepada BULAN (Yunus:5) KEGELAPAN kepada MALAM, KELEMBUTAN kepada AIR, KEBERSIHAN Allah berikan kepada UDARA.
Begitu juga Allah ciptakan Adam dan Hawa dengan dihiasi kehalusan pada rohnya, keelokan pada pipinya, sinar pada mukanya, cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.
Sebenarnya MANUSIA adalah ciptaan Allah yang paling kukuh yang terkumpul pada dirinya segala sesuatu yang ada pada alam ini. Jika langit mempunyai ketinggian, maka MANUSIA pun mempunyai tubuh badan yang tegak berdiri. Jika angkasa mempunyai matahari dan bulan maka MANUSIA mempunyai dua biji mata. Jika di angkasa mempunyai deretan bintang-bintang maka MANUSIA juga mempunyai susunan gigi-gigi yang rapi.Jika langit mempunyai titisan air hujan MANUSIA mempunyai airmata. Jika di langit ada suara petir, MANUSIA ada suara bersin. Jika di bumi ada kestabilan maka pada MANUSIA ada juga ketenangan. Jika di bumi ada sungai-sungai, maka MANUSIA pada dirinya ada urat-urat sedangkan rambut sebagai rumput-rumput yang tumbuh melata.
Sekian...Wallahua'lam
-Editor- Bersyukur kita dijadikan sebaik-baik makhluk..gunakan kelebihan ini untuk kebaikan sejagat.

No comments:

Post a Comment