Wednesday, December 26, 2012

Selangkah Ke 2013

Salam buat semua....

Minggu depan 1 Januari 2013 bermulalah buku baru tahun masehi dunia. Segala ragam telah dirakam sekitar tahun 2012 akan disimpan sebagai lipatan memori sejarah masing-masing. Ada suka, ada duka dan sebagainya telah dilalui sepanjang tahun berkenaan sebagai rempah ratus kehidupan sementara ini. Namun begitu, tahun baru sudah pasti sudah ada perancangan dalam diri masing-masing untuk menjadi insan yang mempunyai matlamat hidup. Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan merancang untuk lebih baik dalam perancangan hari esok selagi tuhan menganugerahkan oksigen segar kepada kita untuk meneruskan kehidupan.
Alhamdulillah kerana mata kita masih lagi mampu melihat dunia apabila bangunnya kita daripada 'kematian' sementara untuk mencari rezeki yang memang diminta kepada kita untuk berusaha. Kehidupan akan terus berlangsung, masalah dan kebuntuan akan terus berlaku, kegembiraan dan kesedihan akan tetap berlaku, peluang dan nikmat akan terus terbuka. Ia hanya akan diperoleh oleh mereka yang bernama MANUSIA yang tahu merencana...
Teruskan kehidupan kita agar ia membawa kehidupan yang lebih bermakna nun jauh di SANA...
Sekian. Selamat Tahun Baru 2013.

No comments:

Post a Comment