Thursday, March 28, 2013

Road To LANGKAWI...2013.

Road to Langkawi merupakan program kedua Kelab Keluarga SMKPB. Perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cabaran memberi pengalaman baru kepada pihak penganjur tentang erti kesabaran, karenah dan ragam taulan serta peranan pihak kepimpinan.
Mungkin setengah orang melihat ia perkara biasa tetapi bagi penganjur ia adalah sesuatu kemenangan kerana program tersebut berjaya dijalankan seperti dirancang. Tahniah buat taulan dan AJK yang banyak membantu dan melancarkan program yang hanya mengambil masa seminggu untuk dilangsaikan.
Seingat penganjur desas desus menyatakan tidak banyak barangan akan dibawa pulang namun sebaliknya berlaku...peserta tidak melepaskan peluang untuk membawa balik sebanyak mungkin barangan. Barangkali mereka menggunakan semaksima mungkin peluang yang disediakan oleh penganjur untuk membeli sakan dan membawa pulang barangan sekadar yang termampu untuk dibawa pulang.
Letih tapi menggembirakan kerana peserta tersenyum puas kerana program ini berjaya memenuhi matlamat dan objektif iaitu merapatkan jurang persahabatan dan mengeratkan tali persaudaraan di kalangan ahli kelab di samping melahirkan semangat kerjasama ikhlas di kalangan ahli.
Macam-macam cerita yang diluahkan peserta tentang perjalanan yang menceriakan suasana bilik makan, bilik rehat, bilik bekerja dan lain-lain tempat. Yang Pasti Langkawi menggamit kenangan yang mungkin dicoret dalam lipatan diari mereka sebagai kenangan.
Selepas ini akan disusuli program ketiga kelab keluarga SMKPB iaitu KONVOI KE CAMERON HIGHLAND pada Mei 2013. TUNGGU!!!.

No comments:

Post a Comment