Monday, June 20, 2016

Tika Ramadhan Menjelma...

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang oleh yang Esa bagi mengharungi cabaran Ramadhan 2016. Banyak manfaat boleh ditimba hasil pengalaman melalui Ramadhan yang lalu. Namun, manusia bersifat alpa...masih mengundang dosa yang sama. Kurang merebut peluang ganjaran pahala sempena kedatangan bulan yang mulia ini.  Ramadhan sebagai rutin tahunan dan kurang memberi makna. Menyambutnya dengan bersahaja kerana semua umat Islam menyambutnya.  Azam dan tekad kurang dihayati bagi mencemerlangkan diri ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat. Masing-masing sibuk menyediakan strategi memenuhi poket sendiri sebagai persediaan menyambut perayaan nanti dan kurang mengatur strategi bagi mengkhatamkan kitab suci dan merebut keberkatan Ilahi. Bersuka ria para Syaitan dan Iblis kerana berjaya menyelinap masuk ke dalam minda manusia bagi mendorong mereka melakukan penipuan dalam perniagaan, meriakkan diri dalam amalan, membazirkan rezeki yang dianugerahkan seterusnya lalai sehingga tertinggal kewajipan solah yang diamanahkan.....Sesungguhnya MANUSIA sentiasa lupa bahawa mereka bukanlah boleh hidup SELAMA-LAMANYA....

*Sekadar pandangan...

No comments:

Post a Comment